Michael Schumacher Mulai Kenal Ahli Keluarga

Foto: Eurosport

Foto: Eurosport

Walaupun tahun 2014 hampir dipenghujungnya, keadaan bekas juara dunia Formula One, Michael Schumacher masih sama sejak mengalami kecederaan ketika bermain ski pada 2013 yang lalu di pergunungan Alps, Perancis.

Niat asal Schumi adalah hendak membantu saudaranya yang terjatuh. Namun semua itu berubah dan kini pelumba F1 yang berasal dari Jerman itu masih terlantar.

Berita terkini mengatakan bahawa Schumacher sudah sedar walaupun tidak 100 peratus dan mulai kenal akan ahli keluarga dan rakan-rakanya yang selama ini merinduinya.

Menurut Philippe Streiff, 59, yang merupakan bekas pelumba F1 mengatakan pergerakan Schumacher masih terbatas dan belum mampu berbicara.

%d bloggers like this: