Markas Red Bull Dimasuki Pencuri. Lebih 60 Trofi Hilang

Markas-Red-Bull-Dimasuki-Pencuri-Lebih-60-Trofi-Hilang

(c) AFP

Lebih 60 trofi milik pasukan Formula 1 Red Bull Racing dicuri pencuri di markas mereka yang berada di Milton Keynes. Pihak polis telah menerima panggilan dari saksi pada pukul 1.30 pagi hari sabtu (6/12).

Menurut GPUpdate, pelapor yang tidak disebutkan namanya melihat lebih kurang enam orang lelaki memasuki markas Red Bull Racing dengan menggunakan 2 buah kereta. Nombor pendaftaran kedua-dua kereta bukanlah nombor pendaftaran tempatan.

Kami sangat sedih atas peristiwa ini. Pencuri telah menggunakan pintu utama dan mencuri lebih 60 trofi  yang kami raih hasil kerja keras bertahun lamanya. Pencuri juga turut mengambil barang yang merupakan simbol kerja keras setiap individu. Ulas ketua pasukan Red Bull Racing, Christian Horner.

Koleksi trofi Red Bull diletakan  di dalam unit display yang cukup besar di kawasan penerimaan tetamu. Menurut polis lagi, tiada pengawal keselamtan yang cedera ketika peristiwa itu berlaku.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: