Mampukah Nicol Menjadi Juara Terbuka AS Buat Kali Ketiga

Foto : Hasriyasyah Sabudin

Foto : Hasriyasyah Sabudin

Satu-satunya ratu skuasy negara, Datuk Nicol David menghampiri gelaran juara Terbuka Amerika Syarikat buat kali ketiga berturut-turut selepas menempah tiket ke perlawanan akhir.

Nicol yang beraksi di Universiti Drexel, Philadelphia AS terpaksa berhempas pulas sebelum memastikan tempat ke perlawanan akhir.

Lawan Nicol pada perlawanan separuh akhir adalah pemain dari Mesir, Raneem El-Weleily. Nicol menang dengan keputusan 11-3, 15-13, 6-11, 11-7.

Nicol akan turun pada perlawanan akhir berdepan dengan seorang lagi bintang baru dari Mesir yang berusia 18 tahun, El Sherbini.

El Sherbini menewaskan pilihan keempat kejohanan dari Perancis, Camille Serme dengan keputusan 7-11, 11-9, 11-8. 11-8.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: