Malaysia Tewas Kepada Syria 0-3, Peminat Sudah Bosan Dengan Experiment!

Foto Osman Adnan

Foto Osman Adnan

Pasukan bola sepak Malaysia tewas lagi kepada Syria dalam siri persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam malam semalam.

Skuad dibawah bimbingan Dollah Salleh seolah-olah hilang punca apabila dengan mudah menghadiahkan 3 gol mudah kepada Syria. 

Dengan berbaki 10 hari lagi sebelum tirai Piala AFF Suzuki membuka tirai, pasukan bola sepak Malaysia hanya menang sekali kepada Kemboja 4-1 pada 20 September yang lalu.

Rata-rata peminat sudah bosan dengan gelagat jurulatih yang hanya tau berexperiment tanpa hadir dengan skuad tetap.

Mampukah pasukan bola sepak memberi saingan dalam Piala AFF Suzuki kali ini?

Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama Myanmar (23 Nov), Thailand (26 Nov) dan Singapura (29 Nov).

Sama-sama kita beri sokongan kepada skuad Harimau Malaya kita. Kembalikan kegemilangan yang pernah tercipta dulu.

Keputusan penuh Malaysia menentang Syria 0-3.

MALAYSIA0-3SYRIA
3″Nadim Sabag
47″Sanharib Malki
66″Omar Khrbin

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: