Luis Suarez Semakin Pulih Selepas Pembedahan

Luis Suarez Semakin Pulih Selepas Pembedahan

(c) afp

Dikhabarkan bahawa keadaan penyerang Uruguay, Luis Suarez semakin pulih selepas pembedahan dibahagian lutut. Berita baik tersebut disampaikan oleh keluarga Suarez sendiri.

Luis Suarez mengalami kecederaan lutut ketika menjalani sesi latihan bersama skuad Uruguay pertengahan bulan lalu. Atas sebab itu, pembedahan terpaksa dilakukan hingga keluar berita bahawa dia tidak dapat beraksi pada Piala Dunia kali ini.

Namun sekarang berita tentang Suarez tidak dapat beraksi pada Piala Dunia nanti boleh dilupakan selepas adik Suarez, Diego Suarez mengatakan bahwa abangnya dalam keadaan semakin sihat.

Diharapkan Suarez mampu sihat 100% sebelum perlawanan menentang Costa Rica pada 14 Jun nanti.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: