Liverpool Benam Dortmund Dengan Semangat Juang Tinggi

Foto AFP

Foto AFP

Tahniah kepada Liverpool selepas berjaya menewaskan Borussia Dortmund pada saingan suku akhir Liga Europa awal pagi tadi.

Ternyata semangat juang pemain Liverpool berada dalam kelas yang tersendiri dan tertinggi.

Selepas tertinggal dengan agregat 1-3 melalui gol awal Dourtmund melalui Henrik Mkhitaryan pada minit ke-5 dan Pierre Emerick pada minit ke-9, Origi suntik semangat rakan sepasukannya pada minit ke-48 dengan gol pertama untuk Liverpool.

Walaupun kebangkitan Liverpool hampir ditidakan dengan gol Reus pada minit ke-57, Liverpool tidak mudah patah semangat.

Hasilnya, 3 gol lagi untuk Liverpool selepas itu melalui Coutinho minit ke-66, Sakho minit ke-78 dan Lovren minit ke-90.

Dengan tambahan 3 gol tersebut, Liverpool berjaya mengalahkan Dortmund dengan agreget 5-4 untuk melangkah ke separuh akhir.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: