Lions XII Juara Piala FA 2015

Foto Azhar Ramli

Foto Azhar Ramli

Lions XII menjadi pasukan baru dalam senarai juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA 2015 semalam di Stadium Bukit Jalil.

Kelantan dan Lions XII menurunkan barisan pemain terkuat mereka saling berbalas serangan sejak wisel mula ditiup.

Lions XII terlebih dahulu membuka tirai perlawanan pada minit ke-6 melalui Faris Ramli hasil kesilapan barisan pertahanan Kelantan.

Kelantan mengandakan serangan selepas itu dan mempunyai banyak peluang untuk menyamakan jaringan.

Hasilnya pada minit ke-61, Kelantan berjaya menjaringkan go penyamaan menerusi Wan Zack Haikal.

Shahil Suhaimi memusnahkan semangat kebangkitan Kelantan apabila beliau menjaringkan dua gol pada minit-minit terakhir perlawanan (m-80 dan m-92) sekali gus memastikan kejuaraan Piala FA milik Lions XII buat kali pertama sepanjang 26 tahun.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: