Lin Dan Berharap Chong Wei Terus Beraksi

Lin-Dan-Berharap-Chong-Wei-Terus-BeraksiJuara dua kali sukan Olimpik, Lin Dan berharap masih terus berpeluang untuk menentang musuh utamanya, Chong Wei. Chong Wei, pemain nombor 1 dunia telah terlibat dengan skandal penggunaan bahan terlarang.

Chong Wei telah di gantung sementera oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas didapati menggunakan bahan terlarang pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos lalu.

Lin Dan, lima kali juara dunia memberi tahu media China bahawa badminton dunia sangat memerlukan Chong Wei.

” Saya berharap pemain terbaik (Chong Wei) dapat beraksi semula di atas gelanggang. Bukan hanya Malaysia sahaja, bahkan semua peminat badminton dunia memerlukan beliau” Ulas Lin Dan.

” Saya juga berharap bahawa skandal doping yang dihadapi beliau tidak benar. Saya masih inginkan perlawanan Lee-Lin Dan di atas gelanggang kerana ia pasti menyajikan satu persembahan yang menghiburkan!” Tambah Lin Dan.

Sementara itu, Lin Dan terus mara kepusingan suku akhir selepas menewaskan pilihan kedua dalam kejohanan Terbuka China, Jan Jorgensen dari Denmark semalam.

Wakil Malaysia, Chong Wei Feng tewas kepada pemain Jepun, Sho Sasaki, 24-26, 23-21 dan 21-6. Sasaki akan berdepan Lin Dan pada perlawanan suku akhir.

Kejutan besar berlaku apabila jaguh dari China, Chen Long tewas kepada wakil Jerman, Marc Zwiebler dengan mata, 13-21, 25-23, 21-19. Zwiebler akan berdepan pemain India, P.Kashyap pada peringkat suku akhir nanti.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: