Liga Juara : Porto Kejutkan Juventus Dari Tidur

FC Porto berjaya membawa bekal satu gol ke gelanggang lawan selepas berjaya menewaskan Juventus dilaman sendiri awal pagi tadi.
Porto membuka tirai jaringan seawal minit ke-2 melalui M.Taremi dan satu gol lagi melalui M.Marega pada minit ke-46.
Juventus berjaya mencuri 1 gol pada hujung perlawanan menerusi F.Chiesa pada minit ke-86.
Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 10 Mac 2021 nanti di gelanggang keramat Juventus.