Liga Juara Juara Pusingan 16 : Real Madrid 3-1 PSG

Liga Juara Juara Eropah kembali membuka tirai setelah lebih dua bulan berehat. Malam tadi Real Madrid  menerima kunjungan dari Paris Saint Germain untuk perlawanan pusingan ke-2 Liga Juara Juara di Santiago Bernabeu.

PSG terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Adrien Rabiot pada minit ke-33 sebelum disamakan oleh Cristiano Ronaldo melalui sepakan penalti pada minit ke-45.

Ronaldo sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-83 dan diikuti dengan jaringan oleh Marcelo pada minit ke-86.

Dengan kemenangan ini, Real Madrid membawa bekal yang agak selesa untuk bertandang ke PSG pada 7 Mac nanti.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: