Liga Juara Juara : Juventus Terselamat Manakala Liverpool Tersingkir

Liga-Juara-Juara-Liverpool-Tersingkir

c) Hak Cipta: AFP

Nafas pasukan Juventus dalam saingan Liga Juara Juara masih berterusan apabila layak kepusingan kedua selepas seri 1-1 dengan Atletico Madrid awal pagi tadi.

Juventus yang berdepan dengan Atletico Madrid dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan A terpaksa mendapatkan keputusan seri mahupun menang kerana hanya berbeza satu mata dengan Olympiakos ditangga ke-3.

Atletico Madrid dan Juventus layak kepusingan seterusnya.

Dalam satu lagi perlawanan hidup mati, Liverpool tersingkir dari saingan Liga Juara-Juara apabila sekadar seri 1-1 dengan Basel.

Liverpool yang memerlukan 3 mata penting terpaksa bermain dengan 10 pemain apabila Lazar Markovic dibuang pada pada minit ke 61′.

Basel terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada minit ke 25′ melalui Fabian Frei.

Gol penyamaan yang dijaringkan ketua pasukan Liverpool, Steven Gerrard pada minit ke 82′ ternyata sudah lewat.

Basel berjaya mengiringi Real Madrid ke pusingan kedua Liga Juara Juara.

 

Leave a Reply