Lagenda Badminton Indonesia, Markis Kido Meninggal Dunia

Lagenda Badminton Indonesia, Markis Kido Meninggal Dunia

Pemenang pingat emas olimpik Beijing pada tahun 2008, kejuaraan dunia pada tahun 2007, juara kejuaraan asia tahun 2005 dan 2009 dan banyak lagi kemenangan yang dimenangi, Markis Kido disahkan meninggal dunia lewat malam 14 Jun 2021.

Markis Kido yang pernah menduduki tangga pertama dunia bersama pasangan beliau Hendra Setiawan, dikatakan mengalami serangan jantung ketika sedang bermain dan rebah sebelum disahkan meninggal dunia.

Dengan ketinggian 1.68m, Markis Kido lahir pada 11 Ogos 1984 di Jakarta, Indonesia. Pemain bertangan kanan ini mempunyai trademark jumping smash yang cukup tinggi walaupun melihat dari luaran beliau memiliki tubuh yang sikit gempal.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan kepada Indonesia, jangan pernah terhenti untuk terus melahirkan jaguh bulu tangkis untuk tatapan semua peminat sukan ini.

Leave a Reply