Penyokong Terengganu Mengamuk

Foto NSTP

Foto NSTP

Tiada istilah lain bagi penyokong Terengganu selain kurang bijakĀ hasil tindakan liar mereka selepas pasukan bola sepak Terengganu tewas kepada Lions XII pada perlawanan separuh akhir Piala FA semalam.

Rata-rata penyokong Terengganu berang dengan tindakan pengadil yang membatalkan jaringan yang dihasilkan oleh pemain mereka dengan alasan offside.

Dari apa yang dapat dilihat dalam video dibawah, ternyata pemain Terengganu yang menanduk masuk bola tersebut dalam keadaan offside persis Nani yang menguis bola Ronaldo dulu.

Kesan dari tindakan liar itu, Stadium Sultan Mizan, Gong Badak mengalami kerosakan teruk dan beberapa anggota keselamatan mengalami kecederaan.

Lions XII layak dengan agregat 4-4 dan akan bertemu Kelantan yang menewaskan Pahang 3-2.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: