Keputusan Final Liga Juara-Juara : Real Madrid 1-1 Atletico Madrid (5-3)

real madrid champion league

Real Madrid sah bergelar juara dalam saingan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Atletico Madrid awal pagi tadi. Perlawanan yang berlarutan sehingga penentu sepakan penalti itu ternyata sungguh berdebarkan.

Real terlebih dahulu dihadapan melalui kuissan cantik Sergio Ramos pada minit ke-15 sebelum Yannick Carrasco menyamakan kedudukan untuk Atletico Madrid pada minit ke-79.

Seri 1-1 hingga tamat waktu perlawanan sebenar memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan. Banyak peluang yang terhasil dalam masa tambahan namun gagal disudahkan dengan baik oleh kedua pasukan.

Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti selepas tiada sebarang gol dihasilkan pada waktu tambahan.

Kesemua pemain Real Madrid yang mengambil sepakan berjaya menjalankan tugas mereka dengan sempurna. Bagi Atletico Madrid, hanya Juanfran yang gagal melakukan sepakan selepas sepakan beliau hanya mengenai tiang.

Keputusan Final Liga Juara-Juara : Real Madrid 1-1 Atletico Madrid (5-3).

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: