Keputusan Badminton Berpasukan Asia 2018 Akhir

Berikut adalah keputusan Badminton Asia Berpasukan 2018 peringkat akhir yang diadakan di Alor Setar, Kedah.

Perlawanan akhir bagi kategori wanita telah menemukan antara Jepun menentang China dan bagi kategori lelaki pula antara China dan Indonesia.

Jepun mudah mengenepikan cabaran China untuk menang dengan mata 3-0. Manakala Indonesia pula berjaya menewaskan China 3-1 bagi mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi dua tahun lalu bagi kategori lelaki.

Tempat 3/4 bagi kategori wanita dimenangi oleh Indonesia dan Korea Selatan. Untuk kategori lelaki pula dimenangi oleh Malaysia dan Korea.

 

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: