‘Keluar’ Dari Persaraan, Mayweather Tumbangkan Kickboxing Jepun

Floyd Mayweather tewaskan Tenshin Nasukawa dalam masa 2 minit

Demi perlawanan pada ambang tahun baru 2019, Floyd mayweather terpaksa ‘keluar’ dari persaraan beliau untuk beraksi menentang jaguh kickboxing jepun, Tenshin Nasukawa yang berlangsung di Tokyo.

Mayweather yang sudahpun berusia 41 tahun berjaya menumbangkan Nasukawa yang berusia separuh dari umurnya (20 tahun) dengan perkiraan ‘technical knockout’ pada pusingan pertama. Melihat keadaan Nasukawa tidak terdaya melawan Mayweather, jurulatih beliau tertindak untuk menghentikan perlawanan tersebut.

Untuk rekod, perlawanan tersebut hanyalah perlawanan pertunjukan dan ia tidak akan dimasukan sebagai rekod perlawanan buat kedua-dua peninju. Perlawanan tersebut bertujuan untuk mencara dana bagi sebuah organisasi di Jepun

Leave a Reply

%d bloggers like this: