Kelab Bola Sepak Rusia Ini Menolak Untuk Tidak Bermain Pada Hari Jumaat

Kelab Bola Sepak Rusia, Anzhi Makhachkala

Salah satu kelab bola sepak di Liga Rusia, Anzhi Makhachkala membuat permohonan rasmi kepada persekutuan bola sepak negara tersebut iaitu RFU (Russian Football Union) agar mengizinkan untuk tidak bermain pada hari jumaat.

Anzhi merupakan sebuah kelab paling besar di wilayah Dagestan, di mana sebahagian besar penduduknya adalah mereka yang beragama Islam.

Samuel Eto’o Ketika Beraksi Untuk Anzhi Makhachkala

Kelab yang pernah diperkuatkan oleh Samuel Eto’o dan Roberto Carlos itu mempunyai alasan yang cukup kuat untuk tidak bermain pada hari jumaat. Jika ada perlawanan diadakan pada hari tersebut, jumlah penonton yang hadir ke stadium teramatlah sedikit.

Permohonan tersebut telah disambut positif oleh pihak RFU melalui presiden persekutuanya, Vitali Murko. Vitali mengatakan tiada masalah untuk menerima permohonan dari kelab Anzhi.

Sementara itu kelab Terek Grozny yang memiliki situasi yang sama dengan Anzhi iaitu memiliki majoriti penduduknya Islam tidak mengemukan permohonan tersebut tetapi mereka menyokong permohonan yang dilakukan oleh Anzhi.

Untuk rekod, permohonan kelab Anzhi Makhachkala telahpun diterima oleh RFU dimana ketika perlawanan menentang Terek Grozny minggu lalu, telah ditunda pada hari sabtu 22 April.

Kini RFU telah pun berbincang untuk mengubah kesemua perlawanan yang berlangsung pada hari jumaat ke hari yang lain.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: