John Cena Lamar Kekasih Dalam Gelanggang


Artikel dipetik dari Sinar.com.my

“AHLI gusti popular, John Cena melamar kekasihnya yang juga merupakan ahli gusti, Nikki Bella di dalam gelanggang, semalam.

Sebelum lamaran tersebut, Cena dan Bella bergabung tenaga melawan pesaing mereka, THe Miz dan Maryse dalam perlawanan tag campuran.

Selepas perlawanan tersebut, Cena mengambil mikrofon dan mula menceritakan momen indah beliau bersama Bella.

Cena kemudian melutut dan mengeluarkan kotak berisi cincin perkahwinan.

“Sudi anda mengahwini saya?” kata Cena.

Bela pantas mengangguk dan kedua-dua mereka berpelukan.

Menurut laporan USA Today, kedua-dua bintang gusti tersebut mula bercinta sejak 2012.”

Leave a Reply

%d bloggers like this: