Jerman Tawar 20,000 Euro Untuk Setiap Pingat Emas

Jerman Tawar 20,000 Euro Untuk Setiap Pingat EmasYayasan Bantuan Sukan Jerman (DSH) melaporkan bahwa berjanji untuk memberikan habuan sebanyak 20,000 euro (RM 94,575) untuk setiap pingat emas yang dihasilkan pada temasya Olimpik Rio nanti.

Untuk pingat perak pula dijanjikan sebanyak 15,000 euro dan 10,000 euro untuk gangsa.

Ganjaran tersebut turut sama diberikan kepada atlet paralimpik mereka yang akan berlangsung mulai 7 hingga 18 September.

Dikatakan, habuan tersebut akan digandakan kepada skuad bola sepak lelaki dan wanita jika memenangi pingat emas disamping menerima 720,000 dari Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB).

Ini bukan kali pertama Jerman menawakan habuan sedemikian. Pada Olimpik London 2012, Yayasan Bantuan Sukan Jerman telah membelanjakan sejumlah 1,336,875 juta euro untuk pemenang pingat.

Sumber : BHarian

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: