JDT Juara Piala Sumbangsih 2018

Gambar Malaysiakini.com/Aiman Amerul Muner

Tahniah kepada pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim atau lebih dikenali dengan nama JDT selepas berjaya menjuarai piala pertama untuk musim ini iaitu Piala Sumbangsih.

JDT muncul juara selepas menewaskan Kedah di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.

Kedah terlebih dahulu membuka tirai jaringan melalui Pablo Pallares sebelum disamakan JDT melalui tandukan Figueroa hasil hantaran Safiq Rahim.

Gol kemenangan untuk JDT dijaringkan oleh Marcos Antonio juga melalui tandukan yang menewaskan Mohd Ifwat.

Kedah terpaksa berputih mata selepas piala yang dimenangi mereka dirampas JDT ditambah pula gagal untuk mengutip 3 mata sempena pembukaan tirai Liga Super musim 2018.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: