Fakta Menarik Dan Unik El Clasico

Fakta-Menarik-Dan-Unik-El-ClasicoEl Clasico adalah satu perlawanan bola sepak antara dua pasukan gergasi antara Barcelona dan Real Madrid di La Liga. Hujung minggu ini perlawanan El Clasico akan berlangsung lagi dan kali ini ia berlangsung di Nou Camp. 

Sama seperti sebelum ini, pertembungan ini pasti akan disajikan dengan aksi yang panas dan sengit terutama sekali ketika ini kedua pasukan dalam persaingan untuk mendahului La Liga. Buat masa sekarang, Barcelona menduduki tangga teratas liga dengan kelebihan satu mata sahaja dari Madrid.

Berikut adalah fakta menarik dan untuk tentang El Clasico.

1. Persaingan
Perlawanan El Clasico merupakan satu perlawan yang menjadi saksi kepada dua pasukan hebat. El Clasico yang pertama telah berlangsung pada 13 Mei 1902 dan sejak itu, lebih dari 730 gol telah dijaringkan.

2. Perlawanan Tumpuan
El Clasico adalah satu perlawanan yang paling banyak ditontong di seluruh dunia selepas perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Tidak kurang dari 400 juta penonton di seluruh dunia menonton perlawanan El Clasico ini.

3. Pesta Gol
Real Madrid dan Barcelona terkenal dengan permainan menyerang mereka dan rasa keinginan untuk menjaringkan gol. Oleh disebabkan itu, tidak menjadi satu kejutan bila El Clasico kebiasaanya berakhir dengan jumlah jaringan gol yang banyak. Pada Jun 1942, Madrid menang besar keatas Barcelona dengan jaringan 11-1.

4. Pasillo (Lorong)
Salah satu tradisi unik yang mewarnai persaingan antara dua kelab ini adalah Pasillo. Jika Real atau Barcelona sudah pasti menjadi juara liga sebelum perlawanan El Clasico, pasukan lain akan menyambut mereka dengan guard of honour yang disebut Pasillo. Perkara ini berlaku pada Mei 2008 ke atas Madrid.

5. Pertembungan Bintang
El Clasico biasanya akan menyajikan pertembungan antara bintang. Untuk beberapa musim sebelum ini, perlawanan diwarnai bintang antara Ronaldo dan Messi. Messi ketika ini sudah mencatatkan rekod sebagai penjaring gol El Clasico paling banyak selepas Alfredo di Stefano.

6. Ronaldo
Ronaldo dari Brazil satu-satunya pemain yang pernah mewakili kedua pasukan dalam perlawanan El Clasico. Pemain yang bergelar mesin gol ini telah menjaringkan gol untuk kedua-dua pasukan tanpa memikirkan jersi yang sedang dipakai.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: