EURO 2020 : Aksi Memukau Disajikan Di Stadium Parken

8 Gol terhasil di Stadium Parken, Copenhagen,Denmark selepas pertembungan antara Croatia menentang Sepanyol. Perlawanan yang berlarutan hingga ke masa tambahan itu berakhir dengan Sepanyol melangkah ke peringkat suku akhir.

Sepanyol terlebih dahulu dikejutkan dengan gol sendiri pada minit ke-20. Namun Sepanyol bangkit dan terus mendahului 1-3. Croatia bangkit dengan 2 gol lewat pada minit ke-85 dan 92 untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan.

2 gol dari Sepanyol dalam masa tambahan sudah cukup untuk mereka melayakan diri ke peringkat seterusnya. Sepanyol akan menentang samada Perancis mahupun Switzerland.

Untuk rekod, ini mungkin Euro terakhir buat Luka Modric yang kini sudahpun berusia 35 tahun.

Lambaian Luka Mordic – Gambar EURO

Leave a Reply

%d bloggers like this: