Eto’o Akan Bersama Arsenal Untuk Membalas Dendam Kepada Mourinho

Eto'o Akan Bersama Arsenal Untuk Membalas Dendam Kepada Mourinho

© AFP

Pada musim panas yang lalu, Samuel Eto’o telah berpindah ke Chelsea dengan status free transfer dari Anzhi Makhachkala. Eto’o berjaya untuk mendapatkan kontrak selama satu musim.

Pada awalnya Eto’o mengatakan bahawa beliau suka untuk bergabung semula dengan Jose Mourinho. Eto’o dan Mourinho merupakan kunci utama atas kejayaan Inter Milan meraih 3 trofi pada 2010 yang lalu.

Namun hubungan Eto’o dan Mourinho menjadi renggang kebelakangan ini. Eto’o mengatakan bahawa Mourinho orang bodoh dan boneka atas apa yang telah dikatakan Mourinho kepada beliau iaitu orang tua.

Untuk membalas dendam kepada Mourinho, Eto’o dikhabarkan akan bersama Arsenal untuk musim hadapan.

Sememangnya kini Arsenal sedang mencari penyerang utama. Eto’o boleh menjadi pilihan terbaik tambahan pula beliau adalah pemain berstatus free transfer. Apa yang menjadi masalah kini adalah gaji yang dipinta Eto’o sangat tinggi.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: