Dota2 WePlay ANIMAJOR

Animajor Dota2

Sebelum berlangsungnya TI10 bulan Ogos nanti, peminat Dota disajikan dahulu dengan kejohanan Animajor yang dibawa khas oleh WePlay.

Tarikh dan Lokasi

Animajor akan berlangsung dari 02 hingga 13 Jun 2021 di Kyiv,Ukraine. Kesemua perlawanan akan berlangsung dari WePlay Esports Arena Kyiv.

Pasukan dan Format

Terdapat 18 pasukan yang tersenarai dan dibahagi mengikut kelayakan masing-masing. 6 pasukan bermula diperingkat wild card. 6 pasukan lagi diperingkat kumpulan dan 6 pasukan diperingkat penentuan.

2 pasukan teratas dari peringkat wild card akan menyertai pasukan diperingkat kumpulan. Kemudian 2 pasukan teratas diperingkat kumpulan akan menyertai pasukan diperingkat penentuan.

Hadiah

Jumlah wang kemenangan bagi kejohanan kali ini adalah sebanyak 500,000USD point pro circuit adalah sebanyak 2700.

Leave a Reply