‘Dota : Dragon’s Blood’ Sebuah Siri Animasi Di Netflix

Semalam Valve telah mengumumkan akan melancarkan sebuah animasi berdasarkan permainan game yang cukup terkenal sepanjang zaman iaitu Dota.
Animasi yang diberi tajuk ‘Dota : Dragon’s Blood’ akan mula ditayangkan di Netflix bermula 25 Mac 2021 nanti.
Dota : Dragon’s Blood ini akan mempunyai 8 episod kesemuanya. Animasi ini diarahkan oleh Ashley Edward Miller.
Sudah pasti animasi ini akan ditunggu-tunggu oleh pemain Dota diseluruh dunia. Dari game kesebuah hasil animasi. Trailer animasi ini boleh disaksikan di Youtube.