Cristiano Ronaldo Penjaring Terbanyak Liga Juara-Juara 2015/16

penjaring terbanyak liga juara-juara

Walaupun tidak menjaringkan gol pada perlawanan akhir antara Real Madrid menentang Atletico Madrid pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Cristiano Ronaldo dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Juara-Juara 2015/16 dengan 16 gol.

Jumlah ini kurang satu gol dari rekod 17 gol yang pernah beliau catatkan pada saingan Liga Juara-Juara musim 2013/14 yang lalu dimana ketika itu Ronaldo membantu Los Blancos menjadi juara.

Catatan 16 gol Ronaldo jauh meninggalkan pesaing terdekatnya iaitu Robert Lewandowski yang hanya mampu menjaringkan sembilan gol.

Gelaran juara Liga Juara-Juara ini menjadi kejuaraan ke-11 buat Real Madrid dan yang ketiga buat Ronaldo apabila kali pertama beliau memenanginya ketika bersama Manchester United pada musim 2017/08.

Leave a Reply