Copa America 2019 Kedudukan 3/4 : Argentina 2-1 Chile

Sumber Gambar : © AP Photo

Tamat sudah saingan Copa America 2019 untuk kedudukan 3/4 yang menemukan antara Argentina menentang Chile. Argentina berjaya mengubat luka kekalahan kepada Brazil tempoh hari dengan kemenangan keatas Chile 2-1. Kemenangan ini juga sekali gus membuatkan Argentina menduduki tempat ke-3 bagi kejohanan Copa America 2019.

Disebalik kejayaan ini, ada perkara yang lebih menarik berlaku. Penyerang Argentina dan Barcelona, Lionel Messi dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-37. Turut menerima layangan kad merah adalah Gary Medel.

Perlawanan akhir Copa America 2019 akan menemukan Brazil dan Peru awal pagi esok (8 Julai 2019).

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: