Chelsea Sedia Beli Messi Dengan Harga 150 Juta Euro

Lionel Messi © AFP

Lionel Messi © AFP

Ada berita mengejut untuk Johor Darul Takzim jika mereka ada niat untuk membeli Messi, JDT harus mengalahkan tawaran yang disediakan Chelsea.

Chelsea telah menyediakan wang sebanyak 150 juta euro bagi mendapatkan bintang Barcelona, Lionel Messi.

Mourinho sedang cuba untuk menyediakan wang sebanyak 150 juta euro atau 118 poundsterling bagi membawa masuk Messi pada musim panas nanti.

Dipercayai juga Messi ada berbincang dengan bekas rakan sepasukanya yang bermain di Chelsea, Cesc Fabregas tentang kemungkinan beliau akan berpindah ke Chelsea.

Sebelum ini ada khabar berita yang Chelsea akan bermain bersama Arsenal. Namun khabar tersebut dipandang sepi apabila Messi melanjutkan kontraknya bersama Barcelona hingga tahun 2019.

Cuba bayangkan jika Jose Mourinho berjaya membeli Messi. Chelsea akan dibarisi dengan pemain hebat antaranya Cesc Fabregas, Diego Costa, Eden Hazard, Oscar dan Thibaut Courtois.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: