Beregu Wanita Malaysia Dijangka Sumbang Emas Di Sukan Sea 2017

AFP PHOTO / Ed JONES

Pasangan regu wanita Malaysia, Vivian Kah Mun Hoo/Khe Wei Woon dijangka akan menyumbangkan emas untuk Malaysia dalam temasya sukan dwitahunan, Sukan Sea 2017 nanti.

Namun begitu jika dilihat dengan prestasi yang sedikit menurun sehingga pertengahan tahun ini, Vivan dan Khe Wei mungkin akan berdepan sedikit masalah dan memerlukan latihan yang secukupnya menjelang Sukan Sea 2017 sebulan sahaja lagi.

Kenyataan ini berdasarkan kenyataan Vivian yang mengatakan prestasi mereka dalam keadaan kurang baik ketika ini.

Vivan dan Khe Wei merupakan regu wanita senior Malaysia. Pencapaian terbaik mereka di Sukan Sea adalah ketika Sukan Sea 2015 dengan memenangi pingat perak selepas tewas kepada Amelia Alicia Anscelly/ Soong Fie Cho pada perlawanan akhir.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: