Bayern Munich Juara Bundesliga Bagi Musim 2016/2017
Bayern Munich memastikan kejuaraan Bundesliga bagi musim 2016/2017 selepas menewaskan Wolfsburg 6-0 malam tadi. Ini merupakan kejuaraan ke-26 buat Bayern Munich dan kali kelima berturut-turut.
Kejuaraan ini juga dibantu dengan keputusan seri tanpa jaringan Liepzig yang turun menentang Ingolstadt. Berbaki 3 perlawanan, Bayern Munich mempunyai kelebihan 10 mata dengan Leipzig yang hanya mengumpul 63 mata berbanding Bayern 73 mata.
Ini kejuaraan terakhir Bayern Munich untuk musim ini selepas terlepas Liga Juara pada peringkat suku akhir dan Piala Jerman pada peringkat separuh akhir setelah ditewaskan Borussia Dortmund.