Bayern Inginkan Ozil

Mesut Ozil. © afc

Mesut Ozil. © afc

Gergasi Bundesliga, Bayern Munich dikhabarkan ingin mendapatkan playmaker Arsenal, Mesut Ozil.

Khabar tersebut dikeluarkan oleh The Evening Standard. Dalam laporan tersebut, mereka mengatakan bahawa Bayern sudah memerhati Ozil sejak pemain itu berpindah dari Real Madrid ke Arsenal pada tahun 2013.

Jurulatih Bayern, Josep Guardiola mengatakan bahawa beliau cukup optimis untuk membawa pemain berusia 25 tahun itu.

Sementara itu Ozil dilihat tidak begitu selesa bersama Arsenal apabila diletakan di posisi sayap. Walhal posisi Ozil yang sebenar adalah di bahagian tengah.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: