Bale Berharap Wales Masuk Piala Dunia

Bale Berharap Wales Masuk Piala Dunia

REUTERS/Kai Pfaffenbach

Pemain kelab terkemuka Real Madrid, Gareth Bale berharap Wales masuk Piala Dunia selepas kali terakhir pada 1958 yang bertahan hingga suku akhir. 

Aksi gemilang Bale dengan Real Madrid ternyata masih belum mampu untuk membawa Wales ke pentas Piala Dunia. Baru-baru ini Bale telah menghadiahkan kejuaraan Champions League kepada Real Madrid selepas mengalahkan Atletico Madrid.

“Saya tidak pernah kecewa menjadi pemain Wales tapi kami sedang cuba untuk masuk Piala Dunia dan kami terus lakukan yang terbaik setiap musim kelayakkan Piala Dunia” ujar Bale.

Ditanya tentang pasukan pilihan beliau, Bale tidak mengatakan pasukan mana yang beliau minat sebaliknya pasukan yang rakan beliau wakili bermain dengan baik.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: