Atletico Kecewa Dengan Sikap Perez, Ronaldo Dan Varane

Atletico Kecewa Dengan Sikap Perez, Ronaldo Dan Varane

© AFP

Ketika final Champions League tempoh hari, dikhabarkan bahawa Atletico Madrid sangat kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh tigo orang dari Real Madrid. Mereka adalah Presiden kelab Florentino Perez, Christiano Ronaldo dan Raphael Varane.

Apa yang dilakukan oleh mereka bertiga selepas Real pasti menjuarai Champions League sangat menyakitkan hati. 

Menurut Marca, reaksi Perez menyambut gol pertama Real Madrid sangat di luar dugaan. Ketika gol ke-2 Real dijaringkan, tindakan Perez lagi mengejutkan. Perez kelihatan mengajak bekas perdana menteri Sepanyol Jose Maria Aznar untuk turut meraihkan gol tersebut. Sepatutnya tidak perlu untuk bersikap sedemikian, apatah lagi pasukan yang beraksi adalah dari negara dan kota yang sama.

Beralih kepada Ronaldo, aksi beliau selepas menjaringkan gol ke-4 sangat mengecewakan. Ketika Atletico telah patah semangat dengan gol ke-4 itu, Ronaldo meraihkannya bagai gol tunggal perlawanan.

Sementara itu, aksi Varane yang menendang bola ke bangku simpanan Atletico selepas Ronaldo menjaringkan gol dan pada itu perlawanan sudah berakhir sepatutnya tidak berlaku. Kesan dari tindakan itu, Simeone naik angin.

Atletico turut meninggalkan pesanan kepada Real yang berbunyi ‘Anda harus tahu untuk menerima kekalahan, namun Anda juga harus tahu cara ketika menang’

Leave a Reply

%d bloggers like this: