Arsenal Ingin Beli Benzema Dengan Harga 40 Juta Pounds

Arsenal-Ingin-Beli-BenzemaDikhabarkan bahawa Arsenal sudah menyediakan dana sebanyak 40 juta poundsterling bagi mendapatkan penyerang Real Madrid, Karim Benzema pada bulan Januari 2015 akan datang.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger sudah lama terpikat dengan corak permainan pemain yang berusia 26 tahun itu dan sedia untuk membawanya ke kota London nanti.

Wenger dipercaya sedang mencari jalan lain untuk barisan hadapan Arsenal. Setakan ini, Danny Welbeck masih gagal untuk menjaringkan gol untuk 5 perlawanan terakhir Arsenal. Sementara itu, Olivier Giroud baru sahaja pulih dari kecederaan.

Namun begitu, Arsenal terpaksa bersaing dengan Liverpool untuk mendapatkan Benzema yang sudah mencatatkan 11 gol dari 12 perlawanan dan yang terakhir ketika perlawanan liga juara.

Untuk rekod, Benzema masih mempunyai kontrak dengan madrid hingga tahun 2019.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: