Ancelotti Dipecat

Ancelotti DipecatPresiden Real Madrid, Florentino Perez telah mengumumkan pemecatan Carlo Ancelotti. Khabar angin tentang pemecatan Ancelotti sering kali kedengaran lebih-lebih lagi apabila Real tewas kepada Juventes pada separuh akhir Liga Juara.

Dengan kekalahan tersebut, Real mengakhiri musim kali ini tanpa sebarang piala besar dan sebagai ganti, jawatan sebagai pengurus pasukan terpaksa diganti.

Menurut Perez, kontrak Ancelotti sebenarnya telah habis lebih awal. Perez juga mengucapkan terima kasih kepada Ancelotti atas sumbangan beliau sepanjang bersama dengan Real Madrid.

Ancelotti telah menghadiahkan penyokong Real dengan 2 kejuaraan penting (Liga Juara dan Copa del Rey) selepas mengambil alih tugas sebagai pengurus pasukan dari Jose Mourinho.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: