Amri Tidak Gentar Dengan Gergasi Merah Yang 13 Tahun Bersama

Amri Tidak Gentar Dengan Gergasi Merah Yang 13 Tahun BersamaEsok akan berlakulah pertembungan bagi pusingan kedua Liga Super antara Johor Darul Takzim dengan Selangor di keramat Gergasi Merah iaitu Stadium Shah Alam. Perlawanan esok sudah semestinya boleh diibaratkan pertembungan ‘buku dan ruas’ yang pasti disajikan dengan aksi yang menarik.

Walaupun beraksi di tempat lawan, ketua pasukan Harimau Selatan, Amri Yahyah tidak gentar malah begitu yakin dan teruja bahawa JDT bakal mengutip 3 mata penuh. 

Amri yang 13 tahun bersama Selangor mengatakan bawah jika 3 mata penuh berjaya diraih, ia akan merapatkan jurang disamping memberikan rakan sepasukan semangat yang luar biasa.

Sebagai mengimbau kembali kenangan lalu, Selangor telah dikalahkan JDT pada pusingan pertama Liga Super dengan jaringan 4-1. Adakah Gegasi Merah ini akan terus menimpa nasib malang? Sama-sama kita nantikan esok.

Keputusan penuh Liga Super Malaysia, klik sini.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: