AFC Ambil Alih Kes Tindakan Liar Penyokong Malaysia Selepas FAM Gagal

Tindakan-Liar-Penyokong-MalaysiaSelepas melihat kegagalan FAM menangani kes tindakan liar penyokong Malaysia pada perlawanan separuh akhir pertama Malaysia vs Vietnam di Stadium Shah Alam tempoh hari, AFC terpaksa mengambil alih kes tersebut.

Kes ini juga dalam siasatan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) yang juga penganjur bagi kejohanan dwitahunan tersebut.

“Kita (AFF) tidak boleh campur tangan lagi, memandangkan bahawa bidang kuasa AFC adalah lebih besar kerana badan tersebut mewakili 46 ahli daripada negara-negara Asia walaupun AFF ada menghantar notis surat tunjuk sebab kepada FAM pada 9 Disember lalu,” menurut Setiausaha AFF, Datuk Azzuddin Ahmad.

“Saya tidak fikir AFC akan mengambil tindakan lebih berat sehingga Malaysia dipaksa beraksi dalam keadaan stadium kosong tanpa peminat pada perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki menentang Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Disember ini.

“Ia adalah kesalahan yang tidak serius jika dibandingkan kes lain yang membabitkan pergaduhan yang lebih berat,” tambah beliau lagi.

Tindakan liar penyokong Malaysia telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Khairy dengan rasa rendah hati telah memohon maaf kepada penyokong dan seluruh rakyat Vietnam atas tindakan liar penyokong Malaysia pada 7 Disember lalu.

 

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: