Adam Lallana Tinggalkan Liverpool Sebulan

LFC

LFC

Adam Lallana dikhabarkan bahawa mengalami kecederaan pada bahagian paha dan terpaksa direhatkan dari mewakili Liverpool selama sebulan.

Kecederaan ini adalah kecederaan dengan cuti yang panjang kali kedua Lallana. Sebelum ini adalah pada awal musim panas sebelum ini selepas dibeli dari Southampton.

Pemain yang berusia 26 tahun ini telahpun beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan bersama Liverpool. Antara aksi cemerlang beliau adalah ketika membantu Liverpool menewaskan Swansea City 4-1.

Namun kecederaan Lallana ini masih belum diumumkan secara rasmi oleh pihak pengurusan Liverpool. Jika ini benar, Adam Lallana akan terlepas aksi menentang Wimbledon untuk saingan Piala FA, Chelsea untuk saingan Capital One Cup plus Sunderland, Aston Villa dan West Ham untuk saingan Liga Premier.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: