7 Pemain Ternama Yang Sama Tarikh Lahir Dengan Ronaldo

Cristiano Ronaldo baru sahaja menyambu ulang tahun kelahiran beliau yang ke-32 pada 5 Feb yang lalu bersama orang yang tersayang.

Namun begitu, bukan hanya Ronaldo sahaja yang lahir pada tanggal 5 Februari. Ada beberapa pemain bola sepak terkemuka turut lahir pada tarikh yang sama.

Berikut adalah 7 pemain bola sepak yang sama tarikh lahir dengan Ronaldo.

  1. Neymar


    Neymar Santos Junior atau lebih dikenali dengan panggilan Neymar dilahirkan di Sao Paulo, Brazil pada 5 Februari 1992 iaitu 7 tahun selepas Ronaldo dilahirkan.

    Pemain berusia 25 tahun itu memulakan karier bola sepaknya di Santos sebelum berhijrah ke Barcelona pada 2013.

  2. Giovanni Van bronckhorst


    Jurulatih Feyernoord ini punyai rekod cemerlang semasa menjadi pemain. Beliau telah meraih pelbagai gelaran bersama Rangers, Arsenal dan Barcelona sebelum bersara pada 2010.

    Bronckhorst lahir pada tahun 1975 dan mempunyai 107 cap bersama pasukan kebangsaan Belanda. Beliau berjaya menjaringkan 6 gol bersama Belanda dan menjari ketua pasukan ketika perlawanan akhir Piala Dunia 2010 semasa Belanda tewas kepada Sepanyol.

  3. Adnan Januzaj


    Januzaj lahir di Belgium pada tahun 1995. Pernah disebut-sebut sebagai penganti Cristiano Ronaldo di Manchester United.Malangnya, perjalanan karier Januzaj tidak berjalan lancar sebelum dipinjamkan ke Borussia Dortmund.

    Sekarang Januzaj dipinjamkan ke Sunderland selepas gagal menembusi skuad utama Jose Mourinho untuk musim ini.

  4. Carlos Teves


    Bintang Argentina ini lahir di Ciudadela, Buenos Aries, Argentina pada tahun 1984 iaitu setahun sebelum kelahiran Ronaldo. Teves menyambut ulang tahun kelahiran beliau di China selepas bersetuju untuk berpindah ke Shanghai Shenhua.

    Sebelum Shanghai Shenhua, Teves telah beraksi dan meraih pelbagai gelaran besar bersama Juventus dan Manchester United.

  5. Stefan de Vrij

    De Vrij memulakan kariernya bersama Feyenoord sejak usia 17 tahun dan menghabiskan masa selama 5 tahun sebeleum berpindah ke Lazio pada Julai 2014.

    Pemain kelahiran 1992 ini mempunyai koleksi 30 caps bersama pasukan Belanda dan salah satu pemain yang dibawa Louis van Gaal ketika Piala Dunia 2014.

  6. Gheorghe Hagi
    Hagi lahir di Romania pada 5 Februai 1965. Beliau merupakan salah seorangan penyerang terbaik di Eropah pada era tahun 1980 dan 1990-an. Beliau juga merupakan pemain terbaik Romania sepanjang zaman.Hagi juga pernah bermain dengan dua kelab terbesar di La Liga iaitu Real Madrid dan Barcelona. Selain itu Hagi juga pernah mewakili Steaua Bucharest, Brescia dan Galatasaray.
  7. Rodrigo Palacio

    Pemain berusia 35 tahun ini lahir di Bahia Blanca, Argentina pada tahun 1982. Palacia kini bermain bersama Inter Milan pada tahun 2012 dari Genoa.

    Hingga kini Palacioa sudah mencetak 58 gol dan mempunyai 27 cap bersama pasukan Argentina.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: