6 Pemain Yang Tidak Patut Liverpool Beli

6-pemain-yang-tidak-patut-liverpool-beli

Liverpool merupakan sebuah kelab besar di Liga Perdana Inggeris yang mempunyai jutaan penyokongnya diseluruh dunia. Jadi tidak hairanlah jika The Reds mampu menarik ramai pemain yang mempunyai nama besar untuk bergabung dengan pasukan untuk bertahun lamanya.

Bintang seperti Steven Gerrard, Fernando Torres dan Luis Suarez berjaya menghiasi Anfield dengan bakat mereka yang hebat. Namun begitu, Liverpool tidak terlepas dari kesilapan dengan bab pembelian pemain.

Berikut adalah 6 pemain yang tidak patut Liverpool beli untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

  1. alberto-aquilaniAlberto Aquilani
    Aqulani dibeli Liverpool pada tahun 2009 dari AS Roma dengan harapan dapat mengisi kekosongan yang ditinggalkan Xabi Alonso yang baru sahaja pindah ke Real Madrid.

    Pemain Itali ini hanya membuat 18 penampilan di Liga Perdana dengan 6 assist dan satu gol.

    Kehadiran Roy Hodgson ke Liverpool pada 2010 telah memadam karier Aquilani di Anfield berakhir. Beliau telah dipinjamkan ke Juventus pada awal musim 2010/2011.

  2. mario-balotelliMario Balotelli
    Liverpool melakukan taruhan besar apabila membeli Balotelli dari AC Milan kerana untuk menggantikan tempat yang ditinggalkan Luis Suarez yang berpindah ke Barcelona.

    Malangnya Balotelli gagal memberikan sebarang pulangan selepas hanya berjaya menjaringkan 4 gol dari 28 perlawanan. Bahkan beliau juga didenda dan dilarang bermain satu perlawanan oleh BoleSepak Inggeris.

  3. rickie-lambertRickie Lambert
    Tidak pernah terfikir oleh Lambert untuk bergabung semula dengan Liverpool selepas dilepaskan ketika beliau berusia 15 tahun.

    Aksi cemerlang Lambert bersama Southampton pada musim 2012-2014, gagal diteruskan bersama Liverpool.

    Lambert hanya mampu bertahan selama semusim di Liverpool sebelum dijualkan ke West Brom.

  4. alberto-morenoAlberto Moreno
    Moreno bergabung dengan Liverpool pada tahun 2014. Namun aksi beliau di bahagian pertahanan kiri gagal memikat Jurgen Klopp. Posisi tersebut diisi oleh James Milner.
  5. andy-carrollAndy Carroll
    Liverpool membeli Andy Carroll dari Newcastle dengan bayaran 35juta pound pada Januari 2011 selepas kehilangan Fernando Torres yang berhijrah ke Chelsea.

    Malangnya Carroll hanya mampu beraksi sebulan selepas perpindahan beliau akibat kecederaan pehanya.

    Dari 58 perlawanan, Carroll hanya mampu menghasilkan 11 gol sebelum dipinjamkan ke West Ham pada tahun 2012.

  6. lazar-markovicLazar Markovic
    Lazar Markovic masih lagi berstatus pemain Liverpool walaupun ketika ini sedang beraksi bersama Sporting Lisbon. Markovic dibeli dengan harga 20 juta pound dari Benfica dua tahun lalu.

    Markovic dikhabarkan pernah berselisihan faham dengan Brendan Rodgers kerana masalah posisi ketika di atas padang.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: