6 Fakta Menarik Sukan SEA Singapura 2015

6 Fakta Menarik Sukan SEA Singapura 2015Sukan SEA 2015 bagi edisi ke 28 bakal membuka tirainya 16 hari lagi. Untuk edisi kali ini, Singapura telah diberi kepercayaan penuh untuk menganjurkan sukan dwi tahunan untuk Asia Tenggara.

Berikut adalah 6 fakta menarik Sukan SEA Singapura 2015.

  • Kali terakhir Singapura menjadi tuan rumah Sukan SEA ialah 22 tahun lalu dan ini kali keempat Singapura menganjurkan Sukan SEA selepas kali pertama pada 1973, 1983 dan 1993.
  • Singapura menolak untuk menjadi tuan rumah pada 2003 atas alasan mahu menyiapkan projek mega Hab Sukan Singapura yang lengkap sepenuhnya tahun lalu.
  • Hab Sukan Singapura yang dibina di atas tapak Kompleks Sukan Kallang berkeluasan 41,000 kaki persegi membabitkan perbelanjaan lebih daripada RM3.51 bilion.
  • Sukan SEA 2015 disifatkan penganjur akan menjadi temasya Sukan SEA alaf baharu dan menggunakan pendekatan digital.
  • Tiada perkampungan sukan yang secara tradisinya disediakan pengajur dengan semua kontinjen kali ini menginap di 20 hotel terpilih sekitar bandaraya terbabit.
  • Temasya Sukan SEA 2015 lebih istimewa buat rakyat Singapura yang turut menyambut 50 tahun kemerdekaan negara itu.
  • Nama maskot Nila mendapat inspirasi daripada Sang Nila Utama yang dikatakan sebagai pengasas negara Singapura.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: