5 Sebab Manchester United Harus Pecat Jose Mourinho

Jose Mourinho bukan lagi seperti jurulatih yang dulu lagi. Beliau kelihatan hancur dan tenggalam dalam bayangan pengendali Manchester City, Pep Guaridola.

Sejak mengendali Manchester United, aksi United kelihatan membosankan walaupun menraih kemenangan.

Oleh yang demikian, Manchester United haruslah bersiap sedia untuk mencari pengganti Jose Mourinho jika ianya berterusan. Berikut adalah 5 sebab Manchester United harus pecat Jose Mourinho selaku jurulatih.

  1. Old Trafford Menjadi Stadium Yang Membosankan
    Sebuah jenama peratalan bola sepak, Forza telah menyenaraikan senarai stadium yang paling menghiburkan yang telah menggabungkan beberapa faktor utama seperti jumlah gol, percubaan, sepakan sudut dan kad merah pada Oktober 2017 yang lalu. Hasilnya? Old Trafford merupakan stadium yang paling bosan dalam saingan Liga Perdana.
  2. Berkemungkinan Kehilangan Peminat
    Satu-satunya sebab Manchester United masih menjadi kelab paling berharga didunia adalah disebabkan mereka mempunya pangkalan peminat yang terbesar di dunia.
  3. Pemain Muda Takut Untuk Bermain di MU kerana Mourinho
    Jika diberi peluang untuk memilih antara Jose Mourinho dan Josep Guardiola, ramai pemain muda akan memilih Guardiolo. Ini kerana Mourinho akan mengkritik pemain yang bermain secara terus kepada umum.
  4. Rekod Buruk Lawan Team Besar
    Sejak mengambil alih Manchester tahun lalu, Manchester United hanya menang sekali hasil dari menentang pasukan besar Liga Perdana Inggeris seperti Manchester City, Chelsea, Arsenal, Tottenham ataupun Liverpool.
  5. Corak Permainan Yang Tidak Sesuai
    Corak permainan hasil sentuhan Jose Mourinho untuk Manchester United pernah dikritik oleh Guardiola kerana tidak sesuai dengan suasana pertandingan.

Leave a Reply