5 Pemain Yang Harus Real Madrid Jual Dipenghujung Musim

CURTO DE LA TORRE/Getty Images

CURTO DE LA TORRE/Getty Images

Real Madrid sedang melalui musim yang luar biasa ketika ini. Zinedine Zidane mengembalikan semangat pemain dan penyokong walaupun telah melalui permulaan musim yang buruk dibawah kendalian Rafael Benitez.

Los Blancos kini kembali menjadi favorit dalam pemburuan La Liga selepas berjaya merapatkan jurang mata dengan pendahulu, Barcelona. Bukan itu sahaja, Real juga berjaya melangkah keseparuh akhir Liga Juara-Juara selepas menewaskan Wolfburg walaupun tewas pada perlawanan pertama suku akhir.

Kejayaan tersebut tidak hadir begitu sahaja tanpa aksi yang memukau dari pemain yang berada di atas padang.

Cristiano Ronaldo, Gareth Bale, Sergio Ramos dan Keylor Navas bermain dengan cukup baik hinggakan tempat mereka tiada gantinya.

Namun begitu, ada beberapa pemain di Santiago Bernabeu yang sepertinya tidak layak mengenakan pakaian seragam Madrid dan hingga melayakan mereka meninggalkan kelab. Berikut adalah 5 pemain yang harus Real Madrid jual dipenghujung musim 2015/2016 ini.

Karim Benzema

benzema

Karim Benzema sedang melalui musim yang hebat di Real Madrid. Namun begitu, kes peras ugut terhadap Mathieu Valbuena telah mencalarkan namanya sendiri.

Kes tersebut terjadi pada November 2015 dan hingga kini Benzema masih dalam peringkat soal siasat. Kesan dari kes tersebut, Benzema dilucutkan dari skuad Perancis untuk EURO 2016 nanti.

Real Madrid adalah satu kelab yang besar dan sudah pasti tidak mahu ada diantara pemainya yang dipenjarakan.

Mateo Kovacic

mateo-kovacic

Mateo Kovacic menyertai Real Madrid pada musim panas 2015 dari Inter Milan. Namun pemain yang berasal dari Crotia itu sering tidak berjaya untuk bermain di Santiago Bernabeu.

Zidane tidak terlalu mempercayainya dan menyebabkan beliau sering menghangatkan bangku simpanan.

Kini Kovacic telah dikaitkan dengan Premier League selepas digosipkan akan meninggalkan Real Madrid pada musim panas nanti.

James Rodriguez

james

James Rodriguez hadir ke Real Madrid selepas tampil cemerlang bersama pasukan Colombia pada Piala Dunia 2014 yang lalu. James telah menunjukan aksi yang cemerlang pada musim pertama bersama Madrid.

Namun segalanya berubah pada musim kedua. Pemain berusia 24 tahun itu gagal memberi aksi yang terbaik yang diperlukan pasukan.

Pengurus dan jurulatih Real Madrid, Zidane sangat kecewa dengan aksi yang ditunjukkan James. Tidak hairan jika James sering memanaskan bangku simpanan hingga kini.

Alvaro Arbeloa

arbeloa

Alvaro Arbeloa telah bermain bersama Real Madrid sejak tahun 2009 lagi selepas berpindah dari Liverpool. Arbeloa telah membantu Real menjuarai La Liga dan Liga Juara-Juara.

Namun begitu, aksi Arbeloa sering kali tidak kelihatan selepas hanya memanaskan bangku simpanan atas faktor kecergasan yang dialami beliau.

Dengan usia yang mencecah 33 tahun, aksinya semakin turun kerana dimakan usia.

Danilo

Danilo

Danilo telah dibeli Real Madrid dari Porto kerana telah beraksi baik bersama pasukan kebangsaan beliau, Portugal.

Malangnya, aksi Danilo jadi sebaliknya terutama sekali selepas kekalahan Madrid pada Wolfsburg.

Zidane masih mahu memberikan Danilo ruang untuk membaiki aksinya. Namun segalanya akan ditentukan pada akhir musim nanti.

You may also like...

Leave a Reply

%d bloggers like this: